Saturday, September 24, 2011

Salam Takziah


SNampak gambar di tepi tu? Gambar tu bertarikh 1 Syawal 1432 Hijrah. Orang dalam gambar itu merupakan boyot aku iaitu nenek kepada abah. Boyot comel kan? 
    Pemergian boyot amatlah mengejutkan aku. Perasaan dalam hati bagai nak nangis sepuasnya tapi aku tahan. ceritanya begini...
   Pada pagi tu aku dikejutkan oleh abah ku, setelah aku bangun ayah ku berkata ' Naim, boyot dah meninggal dunia' lalu aku menjawab'Apa?'(dalam hati mengucap innalillahwainnaillahirajiun) bila bah?' ayah ku menjawab 'Pagi tadi pikul 5.30 pagi'.
  Lalu dengan muka monyok yang diselimuti perasaan sedih aku menuju ke bilik air mengambil wuduk, setelah selesai solat aku menyambung tidur ku dan bermimpi tentang boyot ku sudah meninggal dan dalam mimpi ku itu aku teringat aku bertanya kepada ayah ku samada sudah beritahu abang aku belum , lalu ayah ku menjawab' Belum sebab abang tengah peperiksaan'.
 Bangun dari tidur aku mandi dan bersiap dalam fikiran ku sangka boyot meninggal itu cuma mimpi tapi setelah ku ingat balik ape yang ayah ku kata, perasaan sebak mula menyesakkan dada disebabkan perasaan ingin menangis.
 Sampai di sana aku masuk rumah lalu pintu belakang. Aku melihat Mak Lang memeluk erat emak ku dengan diiringi tangisan.Aku hanya mampu melihat.Perasaan sebak melihat seseorang yang disayangi dilitupi kain putih dan terbaring di atas lantai amatlah menyedihkan aku.Aku cuma duduk dan mampu melihat boyot ku di berikan penghormatan terakhir oleh cucu2 dan anak2nya.Pipiku tiba-tiba dibasahi air mata melihat adik sedara ku menangis. Aku menarik seorang adik sedara ku dan memeluknya dengan erat dan menangis.
  Aku mengiringi jenazah ke kubur dan melihat boyot dikebumikan dan sampai habis lalu aku balik...
AL-FATIHAH kepada boyot ku Hajah Salamah binti Bening. AMIN.
Credit to Nani Nazmi

No comments:

Post a Comment

My Loyal Surfer